Bawa kegemilangan muzik 90, 80-an dalam satu konsert - Utusan Malaysia

Bawa kegemilangan muzik 90, 80-an dalam satu konsert

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebuah konsert Megahitz 3 Dekad Vol.1 bakal diadakan bagi memberi penghormatan sepanjang tiga dekad kegemilangan industri muzik Malaysia.

Sembilan artis dipilih bagi menjayakan konsert pada 25 Januari ini seperti Datuk Jamal Abdillah, Datuk Nash, Datuk Hattan, Man Bai, Ramlah Ram, Zur Eda, Nurshila Amin, Andy Flop Poppy dan Amir Masdi.

Persembahan berkonsepkan ‘back to the 80’s & 90’s’ ini dijangka memberikan pengalaman yang penuh nostalgia bagi peminat muzik tempatan serta menyaksikan kolaborasi eksklusif yang jarang berlaku di atas pentas yang sama.

“Kami sangat teruja dan bersemangat untuk menawarkan kepada penonton satu pengalaman yang penuh dengan kenangan manis serta nostalgia.

“Nantikan persembahan yang menjanjikan muzik berkualiti tinggi, di mana lagu-lagu hits daripada setiap artis tersohor akan diperdengarkan, membawa kembali memori indah untuk semua yang hadir.

“Kami berharap konsert ini akan menjadi satu perayaan yang tidak boleh dilupakan.

“Kita akan menghimpunkan peminat-peminat yang sudi bersama untuk meraikan perjalanan indah industri muzik Malaysia serta menghargai bakat hebat penyanyi ini,” kata Afiezan Shah Mohd Zahari selaku penganjur.

Malah, kemunculan istimewa daripada Kid Search yang juga pemain gitar asal kumpulan Gersang menerusi lagu Masih Aku Terasa bakal memberikan satu lagi momen berharga dalam konsert ini.

Bagi melengkapkan lagi momen pada konsert di Zepp KL, penganjur mengajak penonton untuk sama-sama mengenakan tema pakaian iaitu retro bagi memeriahkan konsert.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya