Bapa meninggal sejak kecil, Nora Danish membesar tanpa figura lelaki - Utusan Malaysia

Bapa meninggal sejak kecil, Nora Danish membesar tanpa figura lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Nora Danish, mengakui tidak pernah merasai kebahagiaan sebagai  keluarga lengkap sejak kematian bapa, Mohd Danish Hanif  pada usianya 12 tahun. 

Sepanjang membesar, Nora atau Nora Mohd. Danish Hanif, 42, tidak pernah melihat contoh terbaik seorang bapa dan suami dalam sebuah perkahwinan.

“Saya tidak pernah tengok keluarga yang betul-betul bahagia kerana bapa meninggal dunia ketika saya masih kecil.

“Jadi, saya dibesarkan ibu saya sendirian bersama kakak-kakak saya.

“Saya tidak pernah tengok macam mana figura bapa dan ibu saya dijaga seorang suami. Tiada depan mata saya, kosong,” katanya. 

Nora berkata demikian ketika berkongi mengenai sejarah hidup dan proses hijrahnya di sebuah audiosiar yang tular baru-baru ini.

Menurut Nora, sekiranya sebelum ini dia berkesempatan mempelajari ilmu rumah tangga, mungkin perkahwinannya akan dapat diselamatkan. 

“Saya tak kata saya ini isteri yang baik, jauh sekali.

“Tetapi itulah, mungkin kalau saya belajar dengan lebih lanjut, saya dapat mengendalikan perkahwinan saya dengan lebih baik dan sempurna,” jelasnya.

Mengumumkan imej bertudung pada Julai lalu, pelakon Aku Terima Nikahnya kini hanya mahu menumpukan hidup untuk mendapatkan ketenangan.

“Kalau ketika kanak-kanak, saya mahu jadi kaya sebab mahu bagi ibu hidup senang tetapi sekarang, jujur saya rasa, kekayaan bukanlah benda pertama yang saya cari.

“Saya cuma nak hidup selesa, boleh pergi ke mana yang saya nak. Bila hati mendapat ketenangan, pergi pulau Perhentian pun sudah rasa bersyukur.

“Ketenangan itu yang saya mahukan. Saya cuma nak hidup dengan tenang,” jelasnya. 

Terdahulu, berita penghijrahan Nora selepas bercerai semakin mendapat perhatian apabila pelakon itu mula mengajak peminat untuk sama-sama menghafal surah Al-Mulk. 

Bukan itu sahaja, Nora juga menegaskan prinsipnya untuk tidak lagi melakonkan sebarang adegan bersentuhan dengan pelakon lelaki. 

Sebelum ini, Nora dan suami, Nedim Mohamad Nazri, sah bercerai pada Jun selepas 7 tahun mendirikan rumah tangga. 

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamed Neqayl, 6. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya