PETALING JAYA: Bantuan tunai di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dinaikkan kepada RM2.9 bilion berbanding RM 2.4 bilion.
Ini bermakna kadar bantuan kebajikan bulanan kepada rakyat miskin akan ditingkatkan.
Pecahan itu merangkumi kadar Bantuan Warga Emas dinaikkan kepada RM600 ketimbang RM500.
Kadar Bantuan Kanak-kanak Keluarga Miskin turut dinaikkan iaitu daripada RM200 kepada RM250 seorang bagi anak berusia enam tahun dan ke bawah serta daripada RM150 kepada RM200 seorang bagi anak lingkungan usia 7 hingga 18 tahun tertakluk kepada kadar maksimum RM1,000 sekeluarga.
Untuk Wilayah Persekutuan, Kadar Bantuan Am juga dinaikkan kepada RM150 ketimbang RM100 dengan kadar maksimum sekeluarga sebanyak RM500 sebulan. – UTUSAN