Bank Rakyat sumbang RM350,000 kepada masjid, perkukuh hubungan dengan pelanggan

Bank Rakyat sumbang RM350,000 kepada masjid, perkukuh hubungan dengan pelanggan

WAKIL Bank Rakyat bergambar bersama ahli jawatankuasa masjid dan surau serta komuniti setempat selepas menyampaikan sumbangan pada Program Bacaan Yasin dan Solat Hajat sempena Sambutan Ulang Tahun Bank Rakyat ke-70.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bank Rakyat dalam usaha memperkukuh inisiatif kemasyarakatan baru-baru ini telah menyalurkan sumbangan sebanyak RM350,000 kepada 70 buah masjid dan surau di seluruh negara, di mana setiap masjid dan surau yang terpilih masing-masing menerima sumbangan sebanyak RM5,000.

Bank berkenaan dalam satu kenyataan berkata, sumbangan ini disampaikan pada Program Bacaan Yasin dan Solat Hajat yang dianjurkan secara serentak di 70 lokasi di seluruh negara sempena sambutan ulang tahun Bank Rakyat ke-70 pada 28 September 2024 lalu.

Program tersebut dihadiri wakil Bank Rakyat, ahli jawatankuasa masjid dan surau serta komuniti setempat, merupakan sebahagian daripada inisiatif dengan masyarakat yang menjadi tonggak kejayaan institusi kewangan berkenaan selama tujuh dekad.

“Selain dianjurkan bagi mensyukuri pencapaian dan pertumbuhan mampan Bank Rakyat yang kini merupakan bank koperasi Islam terbesar di Malaysia, program ini juga mencerminkan jalinan silaturahim yang kukuh antara Bank Rakyat dengan pelanggan dan masyarakat.

“Hubungan erat inilah yang menjadi aspirasi untuk Bank Rakyat terus berkhidmat dan memberi impak positif kepada seluruh masyarakat, bukan sahaja daripada aspek perkhidmatan perbankan, malah juga dari sudut pembangunan sosial melalui aktiviti kemasyarakatan dan tanggungjawab sosial korporat,” katanya.

Sejajar dengan aspirasi Bank Rakyat serta nilai yang ditekankan dalam konsep Malaysia Madani, bantuan yang disalurkan ini diharap dapat menyumbang kepada kesejahteraan komuniti setempat serta memperkukuh hubungan silaturahim yang telah lama terjalin antara Bank dengan masyarakat.

“Bank Rakyat akan meneruskan usaha inovasinya agar kekal relevan dalam perkembangan pantas industri perbankan Islam dengan menyediakan penyelesaian perbankan yang holistik dan patuh pada prinsip Syariah,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya