Banjir: Pusat pemindahan jadi rumah kedua mangsa

Banjir: Pusat pemindahan jadi rumah kedua mangsa

CUA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENDANG: Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kompleks Rakan Sukan, di sini ibarat rumah kedua buat 25 keluarga di Kampung Banggol Besi sejak 18 September lepas ekoran bencana banjir yang dianggap terburuk sejak 2021.

Lebih menyedihkan, fenomena banjir termenung atau banjir lambat surut itu mengakibatkan kira-kira 50 rumah penduduk terlibat terus digenangi air sepanjang tempoh itu.

Seorang daripada mangsa, Norsalawati Sabu, 39, berkata, rumah yang didiami bersama suami, Mohamad Rosdi Said, 45, serta enam anak dinaiki air secara mendadak sehingga paras pinggang apabila hujan bermula 16 September.

“Dua hari kemudian kami berpindah ke PPS selama 12 hari, selepas itu apabila PPS tutup kami terpaksa duduk di inap desa selama seminggu sebab nak balik rumah air belum surut. Pada 5 Oktober lepas kami kembali ke PPS sampai sekarang.

“Ini kejadian kedua terburuk. Kali pertama pada November 2021, banjir pada musim tengkujuh. Kami duduk di PPS selama 24 hari. Boleh dikatakan PPS ini sudah jadi rumah kedua kami,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurut staf operator pembersihan swasta ini, walaupun situasi yang melanda menjejaskan kehidupan seharian, mereka reda dengan bencana alam itu.

“Barang-barang memang rosak habis sebab digenangi air lama sangat. Anak-anak pun tak dapat ke sekolah dan semua menjejaskan kehidupan kami, tapi apa boleh buat. Kadang-kadang terpaksa redah juga walaupun risau ada haiwan berbisa,” ujarnya.

Sementara itu menurut seorang lagi penduduk, Rosliza Abd. Razak, 37, insiden banjir termenung itu adalah yang terburuk sejak 2010.

“Air masuk sehingga paras betis dalam rumah. Perabot dan perkakasan elektrik kami sempat pindahkan ke bahagian yang lebih tinggi. Masa tahun 2010 pun macam ini juga lama baru air surut betul-betul. Kali ini pun sudah nak dekat sebulan air naik,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya