Banjir: Mangsa di Kedah cecah 3,583 orang - Utusan Malaysia

Banjir: Mangsa di Kedah cecah 3,583 orang

ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam (APM) memindahkan mangsa banjir dari kawasan rumah mereka yang ditenggelami banjir di Kampung Alor Madi di Anak Bukit, Alor Setar. - UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat kepada 3,583 orang daripada 1,180 keluarga sehingga pukul 8 pagi ini.

Kesemua mangsa ditempatkan di 23 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah iaitu Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena dan Pendang.

Mengikut data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kubang Pasu merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 1,387 orang daripada 493 keluarga yang berlindung di sembilan PPS.

Ia diikuti Kota Setar seramai 1,235 orang daripada 387 keluarga di lapan PPS; Pokok Sena seramai 528 orang daripada 187 keluarga di empat PPS serta Pendang seramai 433 orang daripada 113 keluarga di dua PPS.

Sementara itu, enam sungai berada pada paras bahaya iaitu Sungai Bata dan Sungai Padang Terap di Kubang Pasu, Sungai Perik di Padang Terap, Sungai Anak Bukit di dua lokasi iaitu Taman Aman dan Jambatan TAR di Kota Setar serta Sungai Titi Kerbau di Padang Terap. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya