Banjir: Mangsa bah di Kedah 2,712 orang - Utusan Malaysia

Banjir: Mangsa bah di Kedah 2,712 orang

PENDUDUK, Sharina Hashim mengambil peluang memancing ikan darat di hadapan rumahnya yang digenangi air akibat banjir di Kampung Banggol Besi, Pendang. - UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Jumlah mangsa banjir di Kedah merekodkan penurunan kepada 2,712 orang daripada 837 keluarga sehingga pukul 11 pagi ini.

Kesemua mangsa ditempatkan di 21 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah iaitu Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Pendang dan Baling.

Mengikut data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kota Setar merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 1,537 orang daripada 466 keluarga yang berlindung di sembilan PPS.

Ia diikuti Pendang seramai 512 orang daripada 140 keluarga di dua PPS; Kubang Pasu seramai 360 orang daripada 122 keluarga di tiga PPS; Pokok Sena seramai 270 orang daripada 95 keluarga di empat PPS serta Baling seramai 33 orang daripada 14 keluarga di tiga PPS. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya