Banjir makin memburuk di Perlis, 686 mangsa dipindahkan - Utusan Malaysia

Banjir makin memburuk di Perlis, 686 mangsa dipindahkan

SEORANG penduduk meredah banjir untuk keluar dari rumahnya di Kampung Sungai Bakong, Arau, Perlis hari ini.-UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Banjir di negeri ini semakin memburuk apabila 686 mangsa membabitkan 225 keluarga dipindahkan ke lima pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka.

PPS Sena antaranya menempatkan 179 mangsa, PPS SK Kubang Gajah (131 mangsa), PPS SK Guar Nangka (162 mangsa), PPS SK Bintong (78 mangsa) dan PPS SK Arau menempatkan 136 mangsa.

Antara kawasan yang terjejas teruk seperti di Kampung Tok Kandang, Kampung Belanga Pudak, Kampung Kubang Gajah, Kampung Gial, Kampung Banggol Sena, Kampung Padang Nyu, Kampung Banat dan Alor Ara.

Malah, jalan-jalan besar di sesetengah kawasan turut dilimpahi air.

Dua sungai di negeri ini turut merekodkan bacaan paras amaran iaitu Sungai Timah Tasoh (29.57 meter) dan Sungai Gial (9.36 meter).

Hujan lebat yang disifatkan paling buruk sepanjang tahun ini di Perlis dengan merekodkan taburan hujan melebihi sehingga 100 milimeter (mm) dalam tempoh beberapa jam kelmarin menyebabkan banyak kawasan di negeri ini dilanda banjir.

Antara kawasan terjejas teruk khususnya di Kangar adalah seperti di Kampung Tok Kandang, Kampung Bakau, Kampung Baru mankala di Arau membabitkan Kampung Bumbung Lima, Kampung Titi Besi, Kubang Gajah dan sekitar Jejawi serta di Padang Besar melibatkan lokasi sekitar Beseri.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya