Banjir kilat: 13 laluan di ibu negara dinaiki air

Banjir kilat: 13 laluan di ibu negara dinaiki air

PANDANGAN dari atas Bangunan DBKL, air naik dan banjir kilat di Bank Rakyat, Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beberapa kawasan di sekitar ibu negara dinaiki air susulan hujan lebat kira-kira sejak 7 pagi tadi dan menyebabkan beberapa jalan raya tenggelam.

Pusat Info Trafik dan Kawalan Lampu Isyarat (KLCCC) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi hantaran di media sosial memaklumkan kira-kira 13 kawasan terjejas dengan kejadian itu.

Difahamkan antara kawasan dilanda banjir kilat ialah Jalan Pudu, Salak Selatan, Jalan Kuching, Jalan Pantai Baru, Jalan Genting Klang dan Jalan Tuanku Abdul Halim.

Turut berlaku kejadian sama di Jalan Gombak, Jalan Damansara, Jalan Manjalara, Jalan Maharajalela, Jalan Wangsa Maju dan Lebuh Raya Sultan Iskandar menghala ke Jalan Tun Razak.

Menurut Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pandan Indah, air sungai sekitar Ukay Perdana sudah melimpah dan telah masuk ke kawasan perumahan.

“Banjir ketika ini melibatkan 10 buah kereta terkandas dalam banjir. Paras air dianggarkan satu kaki dan tidak melibatkan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh dalam satu perkongsian di Facebook hari ini berkata, beliau antara yang terperangkap dalam kesesakan akibat kejadian banjir kilat.

“Saya dalam perjalanan ke sidang Dewan Rakyat pagi ini, keadaan lalu lintas di kawasan Parlimen amat sesak akibat banjir kilat.

“Hati-hati yang memandu terutamanya kepada penunggang motosikal, saya tengok tadi ramai yang terpaksa berteduh sementara tunggu hujan reda,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya