Banjir Kedah pulih sepenuhnya selepas 18 hari - Utusan Malaysia

Banjir Kedah pulih sepenuhnya selepas 18 hari

TINJAUAN dari udara keadaan rumah penduduk yang dilanda banjir di Kampung Padang Luar di Kubang Pasu - UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kesemua mangsa banjir di negeri ini dibenarkan pulang ke rumah masing-masing setelah bencana itu pulih sepenuhnya dengan pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di daerah Kota Setar ditutup hari ini.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd Suhaimi Mohd Zain berkata, PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alor Merah ditutup secara rasmi kira-kira pukul 9.30 pagi tadi.

“Kesemua mangsa dibenarkan pulang ke rumah mereka berikutan air surut sepenuhnya dan cuaca diramalkan baik setakat ini.

“Bagaimanapun, APM masih berada dalam keadaan bersiap sedia ekoran banjir berulang di beberapa daerah yang pulih lebih awal sebelum ini termasuk daerah Kota Setar,” katanya.

Akhbar ini setakat pukul 9 pagi tadi melaporkan, hanya tinggal 107 mangsa daripada 31 keluarga terakhir yang berada di PPS SMK Alor Merah, di sini.

Mengikut rekod, PPS pertama yang diaktifkan di negeri ini adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Malau di Kubang Pasu pada 16 September lalu bagi menempatkan mangsa dari Kampung Padang Panjang; Kampung Sampang dan Kampung Lubuk Ipoh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya