Banjir Kedah: Jumlah mangsa melonjak kepada 2,311 orang - Utusan Malaysia

Banjir Kedah: Jumlah mangsa melonjak kepada 2,311 orang

KAWASAN rumah di Kampung Kubang Betong di daerah Kubang Pasu merupakan antara lokasi terjejas banjir. -UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Jumlah mangsa banjir di Kedah kembali meningkat kepada 2,311 orang daripada 789 keluarga pagi ini, berbanding 734 mangsa daripada 216 keluarga setakat 4 petang semalam.

Kesemua mangsa berlindung di 22 pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Kubang Pasu, Pendang, Kota Setar, Baling dan Pokok Sena.

Mengikut data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kubang Pasu mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 820 orang daripada 315 keluarga, diikuti Kota Setar iaitu seramai 711 orang daripada 218 keluarga.

Sementara di Pokok Sena melibatkan seramai 384 orang daripada 145 keluarga, manakala Pendang mencatatkan 281 mangsa daripada 71 keluarga, sementara 115 mangsa daripada 50 keluarga pula di Baling.

Dalam pada itu, tujuh sungai masih berada pada paras bahaya iaitu Sungai Laka, Sungai Bata dan Sungai Padang Terap di Kubang Pasu; Sungai Perik (Padang Terap); Sungai Titi Kerbau (Pendang) serta Sungai Anak Bukit di Taman Aman dan Jambatan TAR (Kota Setar). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya