Kejadian banjir di Baling tidak jejas operasi LRA Sungai Dua

banjir di Baling tidak jejas operasi LRA Sungai Dua

CHOW KON YEOW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Kejadian banjir yang berlaku di Baling, Kedah setakat ini tidak menjejaskan operasi harian di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua di Butterworth.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, laporan terkini menyebut, kadar kekeruhan di Sungai Muda adalah dalam lingkungan 470 Unit Kekeruhan Nephelometric (NTU) dan ia berada pada paras yang terkawal.

“Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) bagaimanapun akan terus memantau keadaan sebab sumber kekeruhan (air Sungai Muda) adalah kesan banjir di kawasan hulu sungai di Baling khususnya.

“Berdasarkan laporan terkini, kadar kekeruhan adalah dalam lingkungan 470 NTU dan ia terkawal serta tidak menjejaskan operasi di LRA Sungai Dua,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Ketua Menteri di sini, hari ini.

Setakat pukul 4 petang semalam, seramai 642 mangsa daripada 210 keluarga masih berada di lapan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Baling selepas beberapa kampung dalam daerah itu dilanda banjir pada Ahad susulan hujan lebat.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab Aziz berkata, banjir kali kelima di Baling adalah terburuk berbanding sebelumnya dalam tempoh 12 hari yang menyaksikan air Sungai Ketil melimpah dengan cepat, pada Ahad lalu.

Katanya, hujan lebat berterusan lebih dua jam menyebabkan penduduk yang tinggal berdekatan tebing Sungai Ketil dan Sungai Putih dilimpahi air dengan cepat.

Dalam pada itu, Kon Yeow berkata, sebelum ini iaitu jika tidak berlaku sebarang banjir, kadar NTU Sungai Muda adalah pada paras 100 hingga 200 NTU.

“Itu paras antara 100 hingga 200 NTU) adalah normal, kalau tidak normal, parasnya adalah lebih daripada 1,000 NTU,” katanya.

Dalam pada itu, Kon Yeow berkata, selepas kejadian PBAPP terpaksa menghenti tugas sementara di LRA Sungai Dua kira-kira dua tahun lalu akibat air Sungai Muda terlalu keruh, agensi berkenaan telah meningkatkan sistem di loji berkenaan.

“Sistem ini dapat menampung NTU yang tinggi agar ia tidak menjejaskan operasi harian di loji selepas kejadian dua tahun lalu,” katanya.

Tambah Kon Yeow, ketika ini, semua agensi di Pulau Pinang juga kini dalam keadaan bersiap sedia ekoran musim monsun yang tiba pada masa ini yang berpotensi mengakibatkan berlakunya bencana alam seperti banjir di negeri ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya