Banjir: Bomba selamatkan 21 murid tabika SK Hulu Klang

Banjir: Bomba selamatkan 21 murid tabika SK Hulu Klang

VIDEO tular pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Hulu Klang panik apabila kelas mereka dimasuki air bah, pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hujan lebat sejak pagi tadi menyebabkan beberapa kawasan ditenggelami air termasuk kawasan perumahan serta sekolah di Ukay Perdana, Hulu Klang, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima maklumat itu pada pukul 10.12 pagi tadi dan sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati berlaku banjir disebabkan limpahan air sungai yang berdekatan.

“Kejadian itu menyebabkan kawasan perumahan dan kira-kira 10 kenderaan terkandas dalam banjir,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, pihaknya turut menyelamatkan 21 pelajar tabika di Sekolah Kebangsaan (SK) Hulu Klang yang turut terjejas akibat banjir.

“Paras air dianggarkan ketika itu 0.3 meter dan tiada mangsa terlibat. Kesemua mangsa sudah diserahkan kepada ahli keluarga,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya