Banjir berulang bukan gelombang kedua

Banjir berulang bukan gelombang kedua

BANJIR berulang yang berlaku di beberapa daerah bukan gelombang kedua bencana itu termasuk di Kampung Bukit, Derang di Pokok Sena. – UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Banjir yang melan­da semula beberapa daerah di negeri ini sejak kelmarin bukan gelombang kedua bencana tersebut iaitu kesinambungan daripada banjir pertengahan bulan ini.

Pengarah Meteorologi Malaysia Kedah, Muhammad Khalil Abd. Aziz berkata, banjir yang berlaku di Padang Terap dan Pokok Sena itu berkemungkinan disebabkan taburan hujan yang tinggi di kawasan itu.

“Tiada kaitan, gelombang kedua tidak berlaku di Kedah seperti di Pantai Timur apabila kita menjangkakan ada beberapa luluran gelombang sehingga enam tujuh kali,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Muhammad Khalil berkata, kejadian banjir terbaharu itu diakibatkan kesan peralihan monsun bermula 24 September lalu yang mencetuskan ribut petir dan banjir kilat terutama di kawasan pedalaman Kedah.

Beliau berkata, lebih banyak insiden banjir kilat dan angin kencang diramal berlaku dalam tempoh peralihan itu sehingga awal November ini.

“Peralihan monsun ini yang diramalkan berlaku di pantai barat termasuk Kedah akan membawa taburan hujan tinggi pada sebelah lewat petang dan malam. Ia berpotensi membawa banjir kilat dan ribut petir,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN