Banjir: Bekalan makanan dihantar ke Pulau Redang, Pulau Perhentian - Utusan Malaysia

Banjir: Bekalan makanan dihantar ke Pulau Redang, Pulau Perhentian

KERAJAAN Terengganu akan memastikan bekalan makanan dan barangan keperlaun mencukupi untuk mangsa banjir di Pulau Redang dan Pulau Perhentian pada musim banjir nanti. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Kerajaan negeri akan menghantar bekalan makanan dan barangan keperluan sebagai persiapan menghadapi bencana banjir di Pulau Redang dan Pulau Perhentian di sini, Khamis ini.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri Terengganu (Pengurusan Bencana), Hanafiah Mat berkata, ia adalah persiapan awal memandangkan akses keluar masuk ke pulau-pulau itu akan terjejas pada musim tengkujuh

Menurutnya, semua bekalan makanan dan barangan keperluan yang dihantar itu akan dapat menampung keperluan penduduk untuk tempoh empat atau lima hari.

“Jika bekalan makanan tidak mencukupi atau ada keperluan lain, kita akan hantar mengikut kesesuaian semasa termasuk menggunakan helikopter,” katanya kepada Utusan di sini hari ini.

Beliau memberitahu, persiapan menghadapi banjir di negeri ini telah mencapai 90 peratus dalam memastikan mangsa banjir tidak terjejas pada musim banjir nanti.

Katanya- seramai 686 petugas Jabatan Kebajikan Masyarakat terdiri daripada 334 pegawai dan kakitangan, 11 pegawai psikologi, kaunselor dan 97 pasukan sokongan psikologi termasuk 244 sukarelawan juga sudah bersedia untuk bertugas sepanjang musim banjir kali ini.

Mengulas lanjut, Hanafiah berkata, sebanyak 590 pusat pemindahan sementara (PPS) yang boleh memuatkan seramai 147,590 mangsa membabitkan sekolah, balai raya dan dewan orang ramai telah dikenal pasti di seluruh Terengganu.

“Kita berharap pengurusan banjir kali ini akan berjalan lancar hasil persiapan dan simulasi banjir yang telah dijalankan di peringkat daerah sebelum ini.

Untuk rekod, pada tahun ini, lebih RM4.2 juta diperuntukkan oleh kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri bagi persediaan menghadapi banjir di Terengganu.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM2.2 juta ialah daripada kerajaan Persekutuan manakala RM2.038 juta lagi dari kerajaan negeri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya