Banjir: 163 mangsa dipindahkan ke PPS SMK Changlun - Utusan Malaysia

Banjir: 163 mangsa dipindahkan ke PPS SMK Changlun

ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam (APM) meninjau kawasan rumah yang dilanda banjir di Kampung Kubang Betong, Changlun di Kubang Pasu. - UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seramai 163 orang daripada 54 keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun di daerah Kubang Pasu, dekat sini sehingga pukul 5 petang ini.

PPS tersebut dibuka pada pukul 2.30 pagi tadi selepas kira-kira lapan kampung dinaiki air akibat hujan lebat dari petang semalam hingga tengah malam tadi.

Antara kampung terjejas adalah Kampung Nangmah, Kampung Kubang Kayu, Kampung Paya Lantau, Kampung Paya Nongmi, Kampung Belukar, Kampung Bendang Tok Leh dan Kampung Padang Halban.

Sementara itu, lima sungai berada paras bahaya iaitu Sungai Laka di Kampung Padang Pasir dalam daerah Kubang Pasu dan Sungai Perik di Kampung Perik dalam daerah Padang Terap.

Manakala di daerah Kota Setar pula adalah Sungai Anak Bukit di Taman Aman dan Jambatan TAR serta Sungai Kedah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya