PETALING JAYA: Semua bangunan milik kerajaan yang tidak didiami dimanfaatkan untuk tujuan pendidikan.
Kerajaan akan meneliti semua ruang dan bangunan yang kosong milik agensi kerajaan.
Ia termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) agar sumber yang tidak digunakan ini akan dimanfaat untuk tujuan prasekolah, taska dan pusat latihan kemahiran.
Pasukan STAR akan menelusuri usaha ini. – UTUSAN