Bangga terima pengiktirafan dari Switzerland - Utusan Malaysia

Bangga terima pengiktirafan dari Switzerland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Usaha membina nama selama enam tahun kebelakangan ini membawa kejayaan buat HAUS Cosmetics apabila menerima pengiktirafan eksklusif daripada institusi berprestij dari Switzerland, Mibelle Biochemistry baru.baru ini.

Bangga dengan kejayaan tersebut, Pengarahnya, Eiyma Jalil atau Norazimah Abd Jalil berkata, pengiktirafan berkenaan melayakkan jenama itu menjadi syarikat pertama di dunia yang menggunakan teknologi ‘MonaJuventa Nu’ dalam produk terbaharu mereka dipanggil HAUS MUDDE Glo12 Beaubright Shot.

“Majlis penghargaan dan pengiktirafan ini berlangsung dalam sebuah majlis tertutup dihadiri sekitar 20 orang tetamu.

“Ia adalah satu peristiwa yang benar-benar bersejarah buat kami. Bukan sahaja kerana pengiktirafan tersebut, tetapi juga kerana kehadiran orang kuat Mibelle Biochemistry, Dr. Fred Zulli, seorang pakar antarabangsa dalam bidang biokimia yang secara peribadi menyerahkan anugerah itu kepada saya.

“Ini memberi makna yang sangat besar kepada kami kerana ia bukan sekadar satu penghormatan, tetapi juga pengiktirafan terhadap usaha kami untuk menghasilkan produk berkualiti tinggi dan inovatif yang mematuhi piawaian antarabangsa,” katanya.

Menurut Eiyma, pihaknya bersyukur kerana diiktiraf di peringkat antarabangsa atas usahanya selama ini.

“Sebagai pengasas, ini adalah momen yang paling membanggakan dalam kerjaya saya. Pengiktirafan ini memberi satu bentuk validasi kepada segala usaha dan kerja keras yang dilakukan selama ini.

“Ia bukan sahaja memberi penghormatan kepada saya, tetapi juga kepada seluruh pasukan HAUS yang berdedikasi dan komited.

“Diiktiraf sebagai syarikat pertama di Malaysia, malah di dunia, yang menggunakan teknologi ‘MonaJuventa Nu’ dalam produk kami benar-benar membuktikan bahawa produk tempatan kita juga mampu bersaing dengan jenama antarabangsa,”katanya.

Selain itu, tambah Eiyma, dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang, pihaknya merancang untuk terus memperkukuhkan kedudukan mereka di dalam negara sekali gus di peringkat antarabangsa.

“Kami bercadang untuk memperluaskan pasaran kami ke negara Asia lain, terutamanya di Asia Tenggara dan Timur Tengah, di mana permintaan terhadap produk kecantikan yang berasaskan teknologi dan patuh halal semakin meningkat.

“Selain itu, kami juga sedang merangka pelan untuk memperkenalkan lebih banyak inovasi dalam produk kami. Kami juga merancang untuk meningkatkan usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan kerjasama lebih ramai saintis antarabangsa.

“Kami mahu jenama ini sebagai sebuah jenama kecantikan terkemuka di dunia yang berasaskan inovasi dan teknologi, sambil mengekalkan komitmen kami terhadap kualiti dan piawaian halal,” katanya.

Mengenai penerimaan MUDDE Glo12 selepas hampir tiga bulan dilancarkan dan berada di pasaran, Eiyma cukup optimis.

“Penerimaan terhadap HAUS MUDDE Glo12 Beaubright Shot amat menggalakkan. Sejak dilancarkan hampir tiga bulan yang lalu, sudah lebih daripada 30,000 unit terjual. Ia satu angka yang melebihi jangkaan awal.

“Kami menerima banyak maklum balas positif daripada pelanggan yang merasakan kulit mereka menjadi lebih muda dan segar selepas menggunakan produk ini,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya