Bandar Teluk Intan dinaiki air pasang besar - Utusan Malaysia

Bandar Teluk Intan dinaiki air pasang besar

KENDERAAN melalui jalan yang dinaiki air akibat air pasang besar di bandar Teluk Intan hari ini. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Beberapa kawasan di bandar Teluk Intan dinaiki air pagi ini berikutan fenomena air pasang besar.

Tinjauan mendapati air limpahan Sungai Perak naik mulai pukul 5 pagi antaranya di Jalan Maharajalela, Jalan Syed Abu Bakar, Jalan Sungai Nibong, Lorong Kalat dan Lorong Pinang.

Beberapa bangunan di bandar ini turut dinaiki air antaranya bangunan pejabat pos, bangunan mahkamah lama, Dataran Udang Galah, beberapa buah bank serta padang MPTI dan kedai perniagaan.

Beberapa kampung berdekatan turut dinaiki air antaranya Kampung Durian Sebatang, Kampung Terengganu, Kampung Kilang Padi, Kampung Beca, Kampung Esso dan kawasan rendah sekitar Kampung Bahagia, Kampung Tarakal dan di Kampung Lorong Masjid .

Banjir menyebabkan keadaan trafik agak sesak di beberapa jalan utama ketika ramai dalam perjalanan ke tempat kerja.

Setakat pukul 9.30 pagi, kawasan terlibat masih dinaiki air namun beransur surut. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya