Ban pecah air sampah melimpah cetus bau busuk

Ban pecah sebabkan air dari tapak pelupusan sampah haram melimpah

Air sampah
KEADAAN ban yang pecah di lembangan Sungai Buloh, Ijok, di Kuala Selangor, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Penahan limpahan air atau ban di lembangan Sungai Buloh, Ijok di sini, hari ini pecah hingga menyebabkan air berwarna hitam membawa kotoran sampah ke kebun penduduk dan mencetuskan bau busuk.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok, Jefri Mejan berkata, timbunan sampah itu dihanyutkan air deras daripada ban pecah di lembangan sungai berdekatan.

“Ini kesan akibat pembuangan sampah haram yang memasuki Kampung Ijok ekoran ban pecah itu. Air (limpahan ban) itu membawa sampah dan menjadikan ia berwarna hitam dan berbau busuk,” katanya kepada pemberita.

Tegasnya, pihak berkuasa digesa mengambil tindakan tegas ke atas pihak yang membuang sampah haram di kawasan lembangan tersebut.

“Warga Ijok perlu bersedia dan berwaspada dengan sebarang kemungkinan. Jangan sesekali bermain air banjir kerana ia busuk dan kotor hasil tempat pembuangan sampah haram,” jelasnya.

Malah, Jefri memaklumkan, beliau telah mengadakan perbincangan dengan pihak berwajib bagi menghalang arus deras melimpah ke kampung berdekatan.

“Selagi ban itu tidak dibaik pulih, ia tidak dapat menyelesaikan masalah biarpun pam dipasang di kawasan lembangan sungai berkenaan. Saya berharap air yang masuk ke kampung dapat dikawal dan pam-pam dipantau untuk beroperasi semula,” ujarnya.

Terdahulu, kira-kira 2,000 penduduk di tiga kampung dan kawasan perumahan di Ijok dilaporkan menderita bau busuk dan asap berikutan kewujudan tapak sampah haram di tanah persendirian berhampiran lembangan Sungai Buloh sejak lebih dua tahun lalu.

Kesemua kampung yang terjejas itu adalah Kampung Harmoni, Kampung Batu 7 dan Kampung Batu 8. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya