Ban pecah, 33 mangsa dipindah ke PPS

Ban pecah, 33 mangsa dipindah ke PPS

Ban pecah
KEADAAN pecah berdekatan kawasan sebuah ladang di sekitar Sungai Panjang, Sabak Bernam, Selangor, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Seramai 33 penduduk Kampung Parit 16 Tanjung Medan dan Kampung Belia 2, Sungai Panjang di sini, dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas ban berdekatan sebuah ladang di kawasan itu pecah.

Kesemua mangsa daripada sembilan keluarga itu kini ditempatkan di Dewan Hala Cara Baru.

Ketua Zon 7 Selangor Utara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Samsol Maarif Saibani berkata, pemindahan mangsa banjir itu dilakukan susulan kejadian ban pecah yang memasuki Sungai Bernam kelmarin.

Menurutnya, kejadian itu mengakibatkan air melimpah ke kawasan kebun dan rumah penduduk semalam.

“PPS itu mula dibuka pada pukul 5.30 petang semalam selepas kejadian ban pecah berlaku pada Rabu (kelmarin).

“Pecahan mangsa banjir dipindahkan di PPS itu terdiri daripada seramai 15 lelaki dan 18 wanita,” katanya kepada pemberita hari ini.

Tambah Samsol, pihaknya dan beberapa agensi terlibat sedang menjalankan pemantauan di kawasan terlibat.

“Laporan kejadian itu akan dikemas kini dari semasa ke semasa,” ujarnya.

Ban Sungai Bernam yang dilaporkan pecah turut menyebabkan Jalan Sungai Panjang – Tanjong Malim tidak boleh dilalui semua kenderaan akibat dinaiki air. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN