Bak lobi hotel..

Bak lobi hotel…

Penduduk, Nor Hidayah Sulaiman menunggu lif di ruang dekorasi bertemakan lobi hotel di tingkat enam blok D di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 1, semalam. – UTUSAN/ FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Pepatah Melayu ini memang terbukti menjadi amalan penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 1, Petaling Jaya, Selangor.

Ruang di tingkat enam blok D dan tingkat 13 blok A bangunan perumahan itu hingga menyerlah bagaikan lobi hotel mewah.

Transformasi yang dilakukan penduduk di aras berkenaan berjaya mengubah suai dan menghias bahagian koridor, tangga dan lif bangunan terbabit.

Setiap aras mempunyai konsep yang berbeza mengikut perbincangan sesama jiran tetangga dan empat konsep ditawarkan dalam pertandingan ini iaitu minimalis, lobi hotel, moden dan alam sekitar.

Inisiatif menghias tingkat berkenaan dibuat sempena pertandingan kebersihan dan keceriaan anjuran Tink City dan K2K bermula dari 24 Ogos lalu sehingga 17 November ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya