Baim Wong ceraikan Paula

Baim Wong ceraikan Paula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon Indonesia, Baim Wong, mendedahkan dia kini bukan lagi suami kepada Paula Verhoeven, apabila memilih untuk bercerai dengan wanita tersebut.

Memetik laporan CNN Indonesia, Baim atau nama lengkapnya Muhammad Ibrahim Johnny Djaelani dilaporkan memfailkan perceraian tersebut di Pengadilan Agama (PA) Jakarta Selatan, semalam.

“Betul, ya,”katanya ringkas.

Bagaimanapun, Baim enggan mengulas lebih lanjut berhubung perkara tersebut dan menyerahkan segalanya kepada peguam.

Menurut wakil Pengadilan Agama (PA), Baim turut meminta hak asuhan anak.

Difahamkan, berita perceraian itu diperolehi melalui hasil semakan di sistem Informasi Penelusiran Perkara (SIPP) PA Jaksel.

Tetapi kini, maklumat tersebut sudah tiada lagi di laman resmi SIPP PA Jakarta Selatan.

Terdahulu, desas-desus mengenai rumah tangga pasangan ini mula tercetus apabila masing-masing tidak lagi berkongsi foto bersama di media sosial selain tidak hadir ke majlis keramaian bersama.

Pun begitu, Baim dan Paula hanya mengunci mulut dan tidak  mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung khabar angin tersebut.

Baim Wong dan Paula Verhoeven menikah pada 22 November 2018. Mereka dikurniakan dua anak lelaki bernama Kiano Tiger Wong dan Kenzo Eldrago Wong.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN