Azlan Komeng berisiko lumpuh, kenang nasib anak, isteri - Utusan Malaysia

Azlan Komeng berisiko lumpuh, kenang nasib anak, isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: ‘BAGAIMANA nasib isteri dan anak-anak saya?’

Demikian luahan pelakon, Azlan Komeng, apabila kakinya mengalami kecederaan teruk akibat kemalangan jalan raya, minggu lalu. 

Jelas Azlan atau  Muhammad Azlan Kamiran, 48, kakinya berisiko lumpuh sekiranya tidak dijaga dengan baik di samping mengambil masa yang lama untuk sembuh.

“Kecederaan yang saya alami akibat kemalangan tempoh hari agak teruk dan ada maklumkan mungkin boleh lumpuh jika sebulan pertama ini kecederaan tidak dirawat dan dijaga dengan baik.

“Pakar juga beritahu saya perlukan tempoh lima ke enam bulan untuk pulih semula sekali gus belum boleh bekerja. Jadi, bagaimana dengan kehidupan isteri dan anak-anak saya?,” katanya.

Masalah kesihatan yang dihadapi pelakon Impak Maksima The Series itu juga membuatnya gusar memikirkan sumber pendapatan keluarga yang terjejas.

“Memang perasaan saya ‘down’ sangat ketika itu kerana banyak berfikir macam mana nanti dengan masa depan isteri dan anak-anak.

“Sewa rumah, makan minum, belanja sekolah anak, semua kena fikir sedangkan saya sebagai ketua keluarga tidak dapat mencari rezeki buat masa ini.

“Harap doakan semoga urusan kami sekeluarga dilancarkan dan saya segera sembuh serta dapat keluar bekerja semula,” jelasnya yang kini dirawat di rumah keluarga di Batu Pahat, Johor. 

Terdahulu pada 12 Oktober, Azlan dikejarkan ke  Hospital Kuala Lipis, Pahang selepas kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan di Kuala Lipis. 

Ketika kejadian, Azlan dan isterinya, Nur Nilam Ortiz dan anak mereka, Adam, 5, sedang dalam perjalanan untuk berniaga di sebuah tapak perniagaan festival makanan. 

Kenderaan miliknya rosak sepenuhnya dan mengalami kecederaan parah pada tangan kanan, kedua-dua belah kaki serta tulang pinggul. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya