Azira Shafinaz selalu doa dipercepat jodoh - Utusan Malaysia

Azira Shafinaz selalu doa dipercepat jodoh

Azira Shafinaz
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perceraian pasangan selebriti yang semakin diperkatakan kebelakangan ini tidak mempengaruhi keputusan pelakon, Azira Shafinaz untuk berkahwin.

Kata pemilik nama sebenar Azira Shafinaz Ramlan, dia melihat keadaan itu sebagai perkara biasa yang dihadap kebanyakan pasangan suami isteri.

“Saya tidak terganggu atau terkesan (dengan kes perceraian artis). Setiap orang berhadapan ujian dan kesukaran hidup.

“Perceraian yang berlaku tidak sedikit pun menakutkan saya untuk berkahwin.

“Malah saya selalu berdoa agar saya segera berumah tangga,” katanya.

Azira berkata demikian semasa sesi penggambaran drama bersiri One Cent Thief 2 Jalan Lapangan Terbang Lama, baru-baru ini.

Mengulas mengenai perancangan mendirikan rumah tangga, pelakon dan penyanyi berusia 33 tahun itu memaklumkan belum terfikir untuk menamatkan zaman bujangnya.

“Buat masa ini, belum. Doaka, sebab saya memang bersedia.

“Memang saya ada berbincang mengenai perkara ini, tetapi kalau ada, ada lah.

“Buat masa ini saya mahu tumpukan kepada karier dan diri sendiri. Bila tiba masanya, saya akan maklumkan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN