Azam Baki setuju teliti semula undang-undang lapuk

Azam Baki setuju teliti semula undang-undang lapuk

AZAM Baki semasa ditemui pada Konvensyen Integriti, Tadbir Urus dan Antirasuah (KITA) 2024 di SICC, Kota Kinabalu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki melihat terdapat keperluan untuk meneliti semula lebih 2,000 undang-undang lapuk.

Beliau berkata, undang-undang lapuk itu perlu dilihat semula oleh agensi-agensi berkaitan yang menjadi pelaksana kepada undang-undang berkenaan.

“Saya pernah menyebut contoh sahajalah, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1956. Ada beberapa peruntukan yang mungkin perlu dilihat contohnya, satu kesalahan di bawah Seksyen 9, tidak boleh mengadakan jamuan semasa kempen pilihan raya.

“Pada pendapat peribadi saya, ini satu peruntukan yang tidak lagi praktikal sebab zaman sekarang ini. Jamuan itu mungkin satu perkara yang biasa, semua parti mengadakan jamuan. Jadi, mereka fikir perlu digubal undang-undang sedia ada.

“Namun, kalau nak selesaikan dalam beberapa bulan tak mungkinlah. Jadi undang-undang yang penting sahaja yang dilihat sekarang,” katanya ketika ditemui pada Konvensyen Integriti, Tadbir Urus dan Antirasuah (KITA) 2024 di SICC, hari ini.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kerajaan bersedia melakukan usaha penilaian semula ke atas lebih 3,000 undang-undang lapuk yang didapati sudah tidak lagi relevan dengan keadaan semasa

Pada 5 Ogos lalu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengesahkan ada memanggil ketua setiausaha setiap kementerian bagi menilai balik akta yang tidak sesuai bagi membincangkan undang-undang yang tidak lagi relevan dan perlu ditambah baik supaya seiring dengan keperluan peredaran terkini.– UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya