Azah Aziz tolak poligami - Utusan Malaysia

Azah Aziz tolak poligami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Kita memang against poligami.”

Demikian pandangan Pelakon, Azah Aziz, 51, mengenai kelebihan lelaki Islam yang dibenarkan menikahi lebih daripada seorang isteri.

Kata pelakon drama Ternyata Sebuah Bahagia itu, perkara itu menjadi penyebab dia memilih lelaki Perancis sebagai suami.

“Budaya Mat Salleh tidak boleh kahwin dua, tiga atau empat.

“Kita siang-siang sudah daftar perkahwinan dalam sistem Perancis.

“Jadi, dia (suami) memang tak boleh kahwin lebih,” tulisnya di Instagram.

Perkongsian Azah itu menuai pelbagai reaksi netizen, termasuk yang tidak sependapat dengan pelakon berkenaan.

“Mat Salleh banyak ‘makan luar’ kak,” tulis netizen.

Azah bertemu jodoh dengan suaminya, Daud Leroy Abdullah pada tahun 1995.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aaron, Ryan, dan Justin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN