Azah Aziz buat perjanjian suami tidak boleh kahwin lain - Utusan Malaysia

Azah Aziz buat perjanjian suami tidak boleh kahwin lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Azah Aziz, mendedahkan ada membuat perjanjian khas dengan suami, Daud Leroy Abdullah agar tidak berkahwin lebih daripada satu.

Dedah Azah atau Norazah Aziz, 51, keputusan itu disepakati sebelum mereka mendirikan rumah tangga 30 tahun lalu.

“Dalam drama yang saya lakonkan, juga kawan-kawan terdekat ada mengalami keretakan rumah tangga. Alhamdulillah, Januari nanti genap 30 tahun saya dan suami bersama.

“Jika ditanya rahsia kekalkan perkahwinan, pemikiran saya lain sedikit. Suami saya juga mualaf yang boleh berkahwin empat. Jadi kami ada buat perkahwinan bahawa dia tidak boleh berkahwin lebih daripada satu.

“Perkahwinan ada pasang dan surut, lebih-lebih lagi saya dan suami pernah tinggal di beberapa negara seperti Kanada dan Perancis yang jauh daripada keluarga.

“Jika suami sibuk, banyak masa saya habiskan bersama anak-anak. Oleh itu, saya dan anak memang sangat rapat,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, model terkenal era 1990-an itu juga mengakui tidak meletakkan kepercayaan seratus peratus kepada suami.

“Saya tidak beri semua kepercayaan kepada lelaki kerana gusar dia akan ‘serong’. Dari semasa ke semasa saya periksa juga ke mana dia pergi.

“Di era teknologi ini pun setiap hari kami akan buat panggilan telefon. Kalau saya terlupa, dia yang akan hubungi saya. Sebelum tidur pula wajib kirimkan pesanan,” katanya.

Asam garam suami isteri pasti pernah berselisih faham, namun Azah dan suami mempunyai kebiasaan untuk memastikan tidak membawa sebarang perbalahan ke hari seterusnya.

“Kebahagiaan ini kita perlu cari sendiri. Apa yang penting ialah sabar dan komunikasi.

“Sudah 30 tahun bersama, kami tidak pernah bergaduh besar. Jika ada perselisihan faham, kami mesti selesaikan dan tidak akan bawa hingga hari seterusnya,” katanya.

Terdahulu, Azah berkahwin dengan seorang lelaki warganegara Perancis,Daud Leroy Abdullah pada 7 Januari 1995 sebelum menetap di Montreal, Kanada.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata lelaki iaitu Aaron, 26, Ryan, 20, dan Justin, 17 tahun. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya