Ayda Jebat terbuka anak-anak minat industri seni - Utusan Malaysia

Ayda Jebat terbuka anak-anak minat industri seni

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Kalau mereka jadi artis, sayalah pengurusnya.”

Demikian kata penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat yang dilihat terbuka mendedahkan anak-anaknya, Ana Nayla dan Aali Mateen di dalam industri seni tanah air.

Perkara itu dikongsikan oleh Ayda ketika ditanyakan mengenai penglibatan anak-anaknya menerusi video muzik lagu terbaharunya, Memerang.

“Sebenarnya, kami sekeluarga merupakan duta kepada sebuah produk. Jadi rasa macam tidak seronok sekiranya tidak memberikan kredit kepada mereka di dalam video muzik itu.

“Sebenarnya agak susah shooting dengan anak. Tapi saya dan Nabil dah biasa shooting dengan Nayla. Ini juga Ali berada dalam muzik video tapi dia beri kerjasama dengan sangat baik,” katanya.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Pencuri Hati itu turut menyatakan dia tidak kisah memberikan pendedahan kepada anak-anaknya di dalam bidang seni atau mempromosikan produk sekiranya tawaran yang datang bersesuaian dengan mereka

“Bagi saya, untuk masa sekarang ini sekiranya ada rezeki, ada jenama produk yang datang, bersesuaian dengan produk dan tidak menyusahkan mereka sekarang ada kelapangan masa, Insya-Allah kami benarkan.

“Tapi, bukanlah maksudnya saya tetapkan mereka untuk jadi artis juga. Nak jadi apa pun tak kisah, janji jadi orang,” jelasnya.

Tambah Ayda, anak sulungnya, Ana Nayla juga sudah menunjukkan minat dalam industri seni tanah air.

Meskipun tidak menyekat minat anaknya, Ayda masih tidak yakin untuk membenarkan puteri kesayangannya itu berlakon kerana sikapnya yang introvert.

“Macam anak sulung saya, saya nampak dia ke arah industri seni. Dia sangat suka kalau dia tahu ada penggambaran. Bagi saya, saya tidak kisah dia nak jadi apa.

“Cuma, sekarang ini untuk berlakon saya tidak benarkan. Dia seorang yang introvert. Kalau nak shooting kena ada orang yang dia kenal. Baru dia okay,” katanya.

Untuk rekod, Ayda telah berkahwin dengan personaliti televisyen, Nabil Mahir pada 1 Januari 2021 dan dikurniakan dua orang cahaya mata. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya