Audit dalaman Garis Panduan Perancangan secara berkala pantau PBT

Audit dalaman Garis Panduan Perancangan secara berkala pantau PBT

NGA Kor Ming menerima buku Laporan Kemampanan Bandar 2024 pada majlis Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) Tahun 2024 Peringkat Kebangsaan di Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kesemua 156 pihak berkuasa tempatan (PBT) bakal dipantau rapi melalui pengauditan dalaman bagi setiap Garis Panduan Perancangan (GPP) yang dilaksanakan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, pihaknya akan melakukan proses pemeriksaan itu secara berkala untuk menilai prestasi PBT.

“Kita ada merancang usaha audit ini bagi memastikan segala GPP tidak sekadar tinggal cantik ‘atas kertas’ tetapi membawa kesan perubahan positif,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, beliau merasmikan sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia Peringkat Kebangsaan 2024 serta menyampaikan anugerah kepada pemenang bagi pelbagai kategori.

Ia dianjurkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi antaranya Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PlanMalaysia), Pertubuhan Perancang Malaysia serta Lembaga Perancang Bandar Malaysia

Pada 10 Oktober lalu, Kor Ming memaklumkan bahawa Kabinet bersetuju GPP Pusat Data diterima untuk menyeragam dan memudah cara permohonan dan kelulusan perancangan

Mengulas lanjut ujar beliau, pengauditan itu malahan wajar dijadikan amalan susulan bagi memastikan hasil komitmen kerja lebih 800 pegawai PlanMalaysia di negara ini dipatuhi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya