ASWARA anjur Seminar Keilmuan Budaya 2024 esok

ASWARA anjur Seminar Keilmuan Budaya 2024 esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan menganjurkan Seminar Keilmuan Budaya 2024 bermula esok selama dua hari.

Seminar tersebut mengangkat tema ‘Budaya Nilai Tinggi’ dan ia mempunyai sub tema yang akan memfokuskan kepada budaya dan warisan, budaya dan teknologi serta bahasa dan sastera.

Menurut kenyataan ASWARA, seminar itu bermatlamat untuk mengupas dan membincangkan perkara-perkara berkenaan Dasar kebudayaan Negara (DAKEN) dalam menempuh cabaran semasa.

Dalam pada itu MOTAC berharap DAKEN menetapkan hala tuju untuk menjadikan Malaysia sebagai Negara Maju Rakyat Berbudaya bersandarkan pendekatan budaya nilai tinggi yang ditunjangi tiga elemen utama iaitu tatasusila, tatacara dan tahap keintelektualan serta amalan nilai-nilai murni.

Seminar Keilmuan Budaya 2024 akan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.Khairul Firdaus bin Akbar Khan.

Sebanyak sembilanm kertas kerja akan dibentangkan oleh individu berbeza termasuklah Dr. Mohd Yuszaidy Mohd Yusof (Gotong Royong Amalan Budaya Nilai Tinggi dalam Perspektif Budaya dan Warisan), Dr. Shafa’atussara Silahudin (Pengukuhan Komuniti Syair di Malaysia dalam Strategi dan Pelan Tindakan Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN) Tahun 2021-2025).

Pembentang lain ialah Dr. Marlenny Deenerwan (Kemiskinan Apresiasi, Kehilangan Identiti: Isu-Isu Budaya dan Warisan di Malaysia), Prof. Dr. Mohd Adnan Hashim, Prof. Madya Dr. Abdul Latiff Ahmad (Penekanan Budaya Ilmu Tinggi Menerusi Komunikasi Antarabudaya Dan Pembelajaran Kolaboratif Antarabangsa Secara Dalam Talian)

Dr. Jazmi Izwan Jamal pula membentangkan kertas kerja berjudul Digital Heritage Sandbox: Intangible Cultural Heritages Digitalisation For The Metaverse), Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang Sariyan (Kesantunan Bahasa Tunjang Budaya Nilai Tinggi), Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang Sariyan (Amalan Budaya Nilai Tinggi dalam Perspektif Bahasa dan Sastera) dan Dr. Shamsudin Othman (Cerminan Sufinisme dalam Kesusasteraan Melayu di Malaysia).

Sebanyak dua sesi forum oleh panel-panel tersohor dan satu ucap utama oleh rektor ASWARA, Dr. Tan Awang Besar turut akan disampaikan.– UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya