Asas pengiraan baharu kadar sara diri beras diperkenal

Asas pengiraan baharu kadar sara diri beras diperkenal

KPKM memperkenalkan asas pengiraan baharu kadar sara diri (SSR) dab penggunaan per kapita (PCC) beras negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memperkenalkan asas pengiraan baharu kadar sara diri (SSR) dan penggunaan per kapita (PCC) beras negara.

KPKM dalam satu kenyataan berkata, pengiraan baharu itu selaras piawaian yang ditetapkan oleh Food and Agriculture Organization of the United Nations (FAO).

Jelasnya, pengiraan ini merujuk kepada dokumen yang dikeluarkan oleh FAO iaitu Food Balance Sheets – A Handbook, 2001 dan Guidelines for the Compilation of Food Balance Sheet, 2017 dalam menentukan konsep dan definisi yang diguna pakai di dalam pengiraan SSR dan PCC beras mulai tahun ini.

“Menerusi kaedah baharu ini, KPKM melaraskan asas pengiraan pengeluaran padi pada tahun 2023 dengan mengambil kira jumlah padi bersih yang akan diproses kepada beras sahaja.

“Pengiraan itu tidak termasuk jumlah pengeluaran padi yang dikhususkan untuk tujuan benih pada tahun yang sama,” ,” katanya dalam kenyataan hari ini.

KPKM berkata, kaedah ini turut mengekalkan kadar faktor penukaran padi kepada beras yang digunakan pada masa ini mengikut zon iaitu Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak dengan masing-masing pada kadar 70 peratus, 63 peratus dan 60 peratus.

Pada masa sama, KPKM turut memuktamadkan jumlah stok kecemasan beras bagi tahun 2023 dengan jumlah 240,233 tan metrik bagi stok dagangan dan 40,000 tan metrik bagi stokpail.

“Melalui pelarasan semula pengiraan SSR dan PCC beras pada tahun 2023, SSR beras adalah 56.2 peratus (kaedah baharu), manakala PCC beras pula adalah 76.7 kilogram/tahun (kaedah baharu).

“Data itu menunjukkan penurunan pengeluaran padi sebanyak 4.7 peratus iaitu 2,281,736
tan metrik pada tahun 2022 kepada 2,175,097 tan metrik pada tahun 2023,” katanya.

Jelas KPKM, leadaan ini turut menyebabkan pengeluaran beras turun kepada 1,503,151 tan metrik
atau 4.6 peratus pada tahun 2023 berbanding 1,574,956 tan metrik pada tahun 2022.

Katanya, pengurangan ini disebabkan oleh pelbagai faktor dalaman dan luaran yang mempengaruhi
produktiviti padi dan beras negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya