Aplikasi e-Azzuha tawar kemudahan digital jemaah haji, umrah

Aplikasi e-Azzuha tawar kemudahan digital jemaah haji, umrah

URUSAN perjalanan Imengerjakan umrah kini lebih mudah menerusi aplikasi e-Azzuha.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Urusan ibadah umat Islam yang menunaikan haji dan umrah di Tanah Suci kini menjadi sistematik menerusi aplikasi digital e-Azzuha sebagai langkah transformasi dalam pelancongan islamik.

Dalam konteks ini, aplikasi itu direka bagi memberikan kemudahan kepada bakal jemaah dalam memilih pakej, membuat tempahan dan menguruskan perjalanan umrah secara digital.

Ketua Pegawai Eksekutif Azzuha Group Travel & Tours Sdn. Bhd., Abdul Malik Abdul Raman berkata, aplikasi itu bakal menawarkan pendekatan baharu dalam industri pelancongan Islam dengan memanfaatkan teknologi moden untuk urusan haji serta umrah.

“Secara kebiasaannya, perjalanan umrah memerlukan ketelitian dan perhatian penuh khususnya kepada butiran kecil. Dengan e-Azzuha, ia memastikan setiap jemaah dapat mengurus perjalanan dengan lancar serta tanpa kekeliruan.

“Aplikasi e-Azzuha menyediakan pelbagai ciri canggih termasuk modul perjalanan umrah yang komprehensif, seterusnya membolehkan pengguna merancang perjalanan menerusi bantuan kecerdasan buatan (AI),” katanya kepada pemberita di Dewan Puspanitapuri Dewan Seri Endon di sini hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, aplikasi tersebut juga bakal membantu bakal jemaah untuk membuat keputusan tepat berdasarkan keperluan masing-masing termasuk menerusi aspek pemantauan perjalanan.

“Selain itu, aplikasi itu juga menawarkan kemudahan pembayaran atas talian yang pantas, sekali gus membolehkan ia dijalankan tanpa perlu melalui kaunter fizikal.

“Pada masa sama, mereka juga boleh mengikuti perkembangan perjalanan dan mendapatkan maklumat terkini tentang status penerbangan, tempat penginapan serta panduan perjalanan.

“E-Azzuha kini boleh dimuat turun secara percuma di AppleStore untuk pengguna iOS dan Playstore untuk pengguna Android,” katanya.

Ia seterusnya menjadikan aplikasi ini mudah diakses oleh semua pengguna tanpa mengira jenis peranti yang digunakan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya