Apa yang jadi ketentuan Ilahi - Fattah Amin - Utusan Malaysia

Apa yang jadi ketentuan Ilahi – Fattah Amin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Selepas seminggu bergelar duda, pelakon, Fattah Amin mencuri perhatian ramai apabila membuat kemunculan dengan melakukan sesi siaran langsung di TikTok.

Menerusi sesi siaran langsung tersebut, aktor dengan nama sebenar Abdul Fattah Mohd Amin berkata, tujuan dirinya melakukan sesi siaran langsung kerana ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan oleh peminat.

“Tujuan saya buat sesi siaran langsung ini sebab nak bersembang dengan korang (peminat) dan ucapkan terima kasih pada korang.

“Saya sebenarnya sangat terharu dengan sokongan yang diberikan anda,”katanya.

Ketika ditanya mengenai keadaan dirinya ketika ini, pelakon filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah memberitahu bahawa dia reda dengan ketentuan Ilahi.

“Apa dah jadi ini semua adalah perkara yang kita tak jangka.

“Jadi, kena reda dan sabar dengan apa yang telah terjadi,”katanya.

Sementara itu, ketika peminat bertanya mengenai keadaan anaknya iaitu Nur Fatima Aisya, Fattah memaklumkan dia sempat berjumpa dengan anaknya pada Jumaat dan bercadang mahu keluar bersama pada hari ini.

Walau bagaimanapun, hasrat itu tidak dapat diteruskan kerana keadaan kesihatan Fatima yang kurang baik.

Susulan itu, pelakon berusia 34 tahun ini meminta semua pihak yang menonton untuk mendoakan agar anaknya itu kembali sembuh.

“Sekarang ini Fatima tak sihat, dia demam jadi doakan supaya anak saya cepat sembuh. Semalam (Jumaat) saya sempat tengok dia sekejap, kesian dia.

“Saya baru ingat nak bawa dia jalan-jalan esok (Ahad) tapi tak dapat sebab dia masih tak sihat,”katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan kata-kata semangat buat Fattah susulan penceraiannya dengan bekas isteri, Nur Fazura dan mendoakan agar Fatima cepat sembuh.

Sesi siaran langsung yang dilakukan Fattah berjaya mencuri perhatian sehinggakan meraih lebih 50,000 tontonan dan lebih 26,000,000 tanda suka.

Dalam pada itu,penyanyi lagu ‘Wanita Terakhir’ memaklumkan dia sedang dalam persiapan menjalankan satu perniagaan yang akan dilancarkan dalam masa terdekat.

Terdahulu, Fattah dan Fazura sah bercerai talak satu sekitar pukul 9.45 pagi pada Isnin. Lafaz itu tersebut dibuat di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh.

Pada 13 September lalu, Fazura mengejutkan ramai apabila memfailkan permohonan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan Nur Fatima yang kini berusia 4 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya