Anwar sertai solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

Anwar sertai solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

KETEGASAN Anwar Ibrahim untuk membawa usul menghentikan kekejaman Israel terhadap Palestin pada Sidang Kemuncak Bersama Tergempar Negara-Negara Arab dan Islam pada 11 November ini di Riyadh, Arab Saudi, disokong penuh.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Tuanku Zainal Abidin (MTMZA) di sini hari ini.

Beliau yang tiba kira-kira pukul 1.03 tengah hari disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar serta jemaah yang lain.

Solat Jumaat diimamkan oleh Ustaz Mohd Zikri Zainal dan disertai lebih 5,000 jemaah.

Selesai solat Jumaat, Perdana Menteri kemudian bergerak ke bangunan Perbendaharaan (Kementerian Kewangan) sebelum ke Parlimen bagi pembentangan Belanjawan 2025 yang dijangka sekitar 4 petang ini.

Belanjawan 2025 adalah belanjawan ketiga oleh kerajaan MADANI di bawah pimpinan Anwar.

Ia juga adalah belanjawan terakhir di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025) sebelum beralih kepada Rancangan Malaysia Ke-13 untuk tempoh lima tahun akan datang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN