Anwar rasmikan kempen RFC Madani Care for Nature

Anwar rasmikan kempen RFC Madani Care for Nature

ANWAR Ibrahim pada perasmian Kempen Rainforest Challenge (RFC) Madani Care for Nature di Taman Eko Rimba Kledang Saiong, di Ipoh. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa menyempurnakan perasmian Kempen Rainforest Challenge (RFC) Madani Care for Nature di Taman Eko Rimba Kledang Saiong di sini.

Kempen bagi memupuk semangat cintakan alam sekitar itu  sempena Hari Alam Sekitar yang dianjurkan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) pada 21 Oktober lalu.

Pada majlis sama, Anwar turut menyempurnakan Majlis Pelepasan Simbolik Peserta RFC Grand Final 2024 membabitkan 30 kenderaan pacuan empat roda.

Pertandingan yang berlangsung dari 29 November hingga 9 Disember itu  akan bermula di Lenggong diikuti Sungai Siput dan Kuala Kangsar di mana ia melibatkan kawasan hutan yang mencabar.

Kehadiran Perdana Menteri  pada pukul 1.30 petang itu disambut oleh Pengasas dan Pengarah Rainforest Challenge and Rainforest Global Series, Luis J. A. Wee.

Luis dalam kenyataannya berkata, kempen RFC Madani Care for Nature adalah sebahagian usaha RFC untuk meningkatkan kesedaran tentang kelestarian dan semangat cintakan alam sekitar dalam kalangan masyarakat.

Katanya, penjagaan alam sekitar bukan sahaja dalam  kalangan penggemar sukan 

permotoran membabitkan kenderaan pacuan empat roda malah kepada pengguna-pengguna kenderaan itu yang kerap masuk ke hutan untuk beriadah dan bersantai.

“Kempen ini diharap dapat membantu kerajaan dalam usaha mengurangkan jejak karbon dengan pelepasan paling minimum melalui pelaburan program offset karbon seperti aktiviti penanaman semula pokok.

“Aktiviti penanaman pokok akan dilakukan bersama peserta RFC dan  Jabatan Perhutanan dengan objektif membantu mengurangkan pencemaran udara, memelihara tanah dan mengatasi perubahan iklim,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya