Anwar mula bentangkan Bajet 2025 

Anwar mula bentangkan Bajet 2025 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Parlimen pada jam 4.03 petang bagi membentangkan Belanjawan 2025 Malaysia MADANI 

Belanjawan 2025 adalah belanjawan ketiga yang dibentangkan olehnya sejak menjadi Perdana Menteri pada 24 November 2022.

Pembentangan belanjawan 2025 ini adalah di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025) sebelum beralih kepada Rancangan Malaysia Ke-13 untuk tempoh lima tahun akan datang.

Anwar, yang berpakaian baju Melayu berwarna kelabu lengkap bersamping, dilihat membawa beg dokumen Belanjawan 2025 berwarna hitam bermotifkan corak tekat berisi teks ucapan pembentangan Belanjawan 2025 

Terdahulu, beliau meninggalkan Kementerian Kewangan pada jam 3.15 petang untuk ke Parlimen.

Anwar ditemani Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. 

Belanjawan 2025 bertema ‘Ekonomi MADANI, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera’ adalah dasar penting dan menyeluruh selain memacu pertumbuhan ekonomi serta membela rakyat.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN