Anwar lancar NAIO 12 Disember

Anwar lancar NAIO 12 Disember

ONN HAFIZ Ghazi bersama-sama Gobind Singh Deo, Liew Chin Tong dan Teo Nie Ching melakukan gimik perasmian 'Data Center Supply Chain Ecosystem Summit' di Hotel DoubleTree By Hilton, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan akan meluncurkan Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) pada 12 Disember ini.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, pembentukan NAIO itu bagi merangka struktur dan polisi serta perundangan berkaitan industri kecerdasan buatan (AI) yang masih baharu di negara ini.

NIAO juga akan berperanan untuk mengumpul input daripada seluruh industri berkaitan AI serta keperluan  bagi membolehkan kerajaan memperkasakan sektor tersebut.

“Ada beberapa aspek yang kita lihat dalam pembentukan NAIO, pertama kita lihat aspek pelaburan digital dalam industri AI, kemudian bagaimana inovasi itu kita dapat perkasakan.

“Selain itu, kita lihat aspek polisi dari sudut kerajaan, iaitu bagaimana polisi yang akan meningkatkan AI serta mengenai tadbir urus, sama ade perlukan undang-undang atau tidak dalam aspek AI,” katanya selepas menghadiri  ‘Data Centre Supply Chain Ecosystem Summit’ di Hotel DoubleTree By Hilton, di sini hari ini yang dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Turut hadir, Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching dan Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong.

Rabu lalu, Kementerian Digital menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat memaklumkan, sebanyak 1,254 permohonan diterima daripada calon berminat mengisi kekosongan jawatan di NAIO yang akan dilancarkan hujung tahun ini.

Kementerian itu memaklumkan kerajaan telah mengambil pelbagai langkah proaktif menerusi penyediaan persekitaran dan ekosistem yang menyokong reka bentuk dan pembangunan AI secara beretika serta bertanggungjawab.

Dalam pada itu, Gobind berkata, perancangan penubuhan NAIO itu untuk mempersiapkan negara dalam memperkasakan industri AI dalam masa sama mempertimbangkan kebaikan serta risiko yang bakal dihadapi.

“Jadi, kita kena lihat bagaimana boleh mengimbangi antara kebaikan dan risiko mengenai industri AI. Jadi, ini adalah struktur yang perlu kita sediakan,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya