Anwar ke Indonesia hadiri majlis pelantikan Presiden, Naib Presiden 

Anwar ke Indonesia hadiri majlis pelantikan Presiden, Naib Presiden 

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Indonesia dua hari bermula hari ini untuk menghadiri Majlis Pelantikan Prabowo Subianto sebagai Presiden kelapan dan Gibran Rakabuming Raka sebagai Naib Presiden.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Negeri memaklumkan Anwar juga dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden baharu itu.

Anwar akan diiringi oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor serta pegawai kanan dari Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Luar Negeri.

Prabowo menggantikan Joko Widodo, lebih dikenali sebagai Jokowi, yang berkhidmat sebagai Presiden Indonesia ketujuh selama dua penggal (2014-2019 dan 2019-2024).

Gibran merupakan anak sulung kepada Presiden Jokowi.

Kata kenyataan itu, Kerajaan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas peranan Joko Widododalam memperkukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia.

Lawatan itu melambangkan ikatan hubungan dua hala istimewa antara Malaysia dan Indonesia yang ditunjangi oleh kerjasama erat dalam pelbagai bidang yang berkepentingan bersama.

Pada 2023, Indonesia merupakan rakan dagang ketujuh terbesar Malaysia di peringkat globaldan ketiga terbesar dalam ASEAN, dengan jumlah dagangan mencapai AS$24.39 bilion (RM111.21 bilion).

Pelantikan Presiden Prabowo dan Naib Presiden Gibran akan berlangsung di Dewan Majelis Permusyawaratan Rakyat- MPR) Kompleks Parlimen pada 10 pagi waktu tempatan esok. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya