Anwar jumpa tokoh industri Pakistan, terokai kerjasama baharu

Anwar jumpa tokoh industri Pakistan, terokai kerjasama baharu

ANWAR disambut oleh Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif ketika tiba di Pangkalan Udara Nur Khan, Rawalpindi sempena lawatan negara ke Pakistan selama tiga hari. FOTO Pejabat Perdana Menteri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan tokoh industri Pakistan menerusi Dialog Perniagaan Peringkat Tinggi Malaysia-Pakistan yang berlangsung di Islamabad, semalam.

Perdana Menteri berkata, pertemuan berkenaan yang juga disertai rakan sejawatnya, Shehbaz Sharif memberi peluang atas keakraban hubungan kedua-dua negara bagi meneliti serta menerokai kerjasama baharu seperti industri halal dan beras.

“Sebanyak 67 syarikat dan tujuh persatuan perniagaan Pakistan dan Malaysia menyertai sesi meja bulat ini dan sekalung penghargaan dizahirkan di atas komitmen berterusan semua pihak yang telah menjayakannya,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Perdana Menteri kini dalam rangka lawatan kerja tiga hari di Pakistan sejak Rabu lalu.

Semalam, Anwar diberi sambutan rasmi di Kediaman Perdana Menteri Pakistan disusuli dengan mesyuarat dua hala, majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dan pelancaran tiga karya terjemahan oleh penyair terkemuka Pakistan Allama Muhammad Iqbal, yang diterjemahkan daripada bahasa Parsi, Urdu dan Inggeris ke bahasa Melayu.

Beliau juga dikurniakan anugerah awam tertinggi Pakistan, Nishan-e-Pakistan oleh Presiden negara itu, Asif Ali Zardari dalam satu majlis di Istana Presiden, Aiwan-e-Sadr, hari ini

Anugerah itu merupakan pengiktirafan tertinggi daripada kerajaan Pakistan atas kepemimpinan Anwar dalam menggalakkan dan meningkatkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Pakistan.

Selain itu, beliau dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Universiti Sains dan Teknologi Kebangsaan (NUST) Pakistan semalam sebagai pengiktirafannya terhadap peranan pemimpin Islam peringkat antarabangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya