Anwar bentang Belanjawan 2025 pukul 4 petang ini 

Anwar bentang Belanjawan 2025 pukul 4 petang ini 

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan dokumen Belanjawan 2025 ketika hadir meninjau persiapan pembentangan belanjawan di Kementerian Kewangan di Putrajaya semalam. – JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membentangkan Belanjawan 2025 pada pukul 4 petang ini di Dewan Rakyat.

Pembentangan Belanjawan 2025 turut disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen tempatan dan platform media sosial Utusan Malaysia. 

Belanjawan ini adalah bajet yang terakhir di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025) sebelum beralih kepada Rancangan Malaysia Ke-13 untuk tempoh lima tahun akan datang.

Menurut kenyataan Prabelanjawan 2025, Belanjawan 2025 memberi tumpuan kepada teras utama kerangka Ekonomi MadaniI iaitu menaikkan siling, menaikkan lantai serta tatakelola baik dan reformasi sektor awam.

“Teras menaikkan siling bertujuan menstrukturkan semula ekonomi dan meningkatkan daya saing negara bagi meletakkan Malaysia sebagai peneraju ekonomi rantau Asia manakala teras menaikkan lantai bertujuan meningkatkan taraf hidup rakyat dengan memastikan kesaksamaan peluang, taraf hidup yang baik dan perlindungan sosial untuk semua.

“Teras tatakelola baik dan reformasi sektor awam pula bertujuan mengutamakan aspek ketelusan, kecekapan dan akauntabiliti dalam kerajaan supaya matlamat yang digariskan Malaysia dapat dicapai,” katanya.

Kenyataan tersebut disiarkan di laman sesawang khas Belanjawan Kementerian Kewangan, Belanjawan 2025.

Berdasarkan takwim menerusi laman rasmi Parlimen, Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 itu akan dibahaskan di peringkat dasar selama lapan hari bermula Isnin ini sebelum sesi jawapan oleh menteri selama empat hari bermula 6 November ini.

Seterusnya, Ahli Parlimen akan membahaskan rang undang-undang itu di peringkat jawatankuasa selama 12 hari bermula 13 November untuk diluluskan Dewan Rakyat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN