Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi Fadzil

Anuar Fariz bukan adik saya – Fahmi Fadzil

FAHMI Fadzil ketika menghadiri Program Sembang Santai bersama Komuniti MADANI Pulau Pinang di Gelugor, George Town, Pulau Pinang, malam tadi.-UTUSAN/SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menepis dakwaan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Anuar Fariz Fadzil yang baru dilantik adalah adiknya.

Tegas Fahmi, beliau tiada kaitan dengan pelantikan terbabit, sebaliknya, persamaan antara mereka hanyalah memiliki nama bapa yang sama.

“Beliau (Anuar) bukanlah sepupu, bau-bau bacang pun tidak ada. Kami punya ayah lain, mak lain, dan saya tiada kena-mengena dengan lantikan berkenaan.

“Bagi pihak-pihak yang cuba membuat fitnah, saya harap mereka sedarlah. Jangan terlalu mudah untuk menabur fitnah dan biarlah ini menjadi pengajaran buat kita semua,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi Sembang Santai bersama Komuniti MADANI Pulau Pinang di Gelugor, malam ini.

Fahmi berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hantaran di laman sosial oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil di laman sosial yang bertanya sama ada Anuar Fariz adalah adik beliau atau sebaliknya.

Bagaimanapun, menerusi hantaran terbaharu, Isham telah memuat naik kenyataan ralat dan mendakwa persoalan itu dibangkitkan ekoran dakwaan yang tular di aplikasi Tik Tok kononnya adik Fahmi telah dilantik sebagai CEO MCEC.

Khamis lalu, MDEC mengumumkan pelantikan bekas Ketua Dasar Awam TikTok Malaysia, Anuar Fariz Fadzil sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baharu.

Pelantikan beliau diumumkan oleh Pengerusi MDEC, Syed Ibrahim Syed Noh di acara Biz Day Festival Kandungan Digital Malaysia (MYDCF) 2024.

Dalam perkembangan lain, Fahmi berkata, kementerian masih belum memutuskan mengenai pelantikan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) baharu dan prosesnya masih berjalan.

Pada 25 September lalu, Fahmi mengesahkan bahawa perkhidmatan Ketua Pengarah JKOM, Mohd Khairuddin Othman telah ditamatkan pada 24 September lepas, namun, enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu.

Mohd Khairuddin yang juga Setiausaha PKR Selangor dilantik sebagai Ketua Pengarah JKOM sejak 1 Mac, menggantikan Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya