Anggota polis berpangkat konstabel didakwa minta, terima rasuah - Utusan Malaysia

Anggota polis berpangkat konstabel didakwa minta, terima rasuah

ABDUL Aziz Mustapha (tengah) yang didakwa meminta dan menerima suapan dibawa keluar dari Mahkamah Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang anggota polis berpangkat konstabel didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan meminta dan menerima suapan, tahun lalu.

Abdul Aziz Mustapha, 32, bagaimanapun mengaku tidak bersalah hari ini sebaik dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Azhar Othman.

Mengikut pertuduhan pertama, Abdul Aziz didakwa secara rasuah telah meminta suatu suapan iaitu wang tunai RM2,000 daripada seorang lelaki.

Kesalahan itu dibuat di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut pada 23 September 2023 antara pukul 1 sehingga 2 pagi.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa secara rasuah telah menerima suatu wang suapan RM1,000 daripada lelaki sama dan seorang rakannya.

Suapan itu sebagai dorongan untuk tertuduh tidak mengambil tindakan terhadap kedua-dua lelaki yang disyaki terlibat dengan penggunaan bahan terlarang.

Abdul Aziz didakwa menerima rasuah itu di kawasan parkir kereta Medan Selera Kota Putera, Besut pada pukul 12.40 tengah hari pada 8 Oktober 2023.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 16(a)(B) dan Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 21(1) Akta sama.

Mahkamah kemudian menetapkan 11 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 untuk kedua-dua pertuduhan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mohd. Fadhly Zamry manakala tertuduh diwakili peguam, Muhammad Abdul Rahman Ab. Razak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya