Anggaran RM421 billion, Belanjawan 2025 tertinggi

Anggaran RM421 billion, Belanjawan 2025 tertinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Anggaran Belanjawan 2025 yang berjumlah RM421 bilion merupakan jumlah tertinggi yang diumumkan.

 

Jumlah itu meliputi RM335 bilion belanja mengurus, RM86 bilion belanja pembangunan, tidak termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka.

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan terus mengekalkan belanjawan  mengembang meskipun bertekad mengurangkan defisit fiskal secara berperingkat. 

 

Selain peruntukan pembangunan oleh kerajaan, projek secara usaha sama awam-swasta (PFI) bernilai RM9 bilion turut dilaksanakan serta pelaburan langsung domestik oleh syarikat GLIC bernilai RM25 bilion. 

 

Ini menjadikan pelaburan awam untuk pembangunan tahun 2025 yang berjumlah RM120 bilion.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN