Andrew Garfield tular pertahankan rakyat Palestin - Utusan Malaysia

Andrew Garfield tular pertahankan rakyat Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Pelakon popular, Andrew Garfield mencuri tumpuan apabila mempertahankan penduduk Palestin di Gaza dalam sebuah temu ramah baru-baru ini. 

Pelakon Spiderman itu berkata demikian ketika ditanya apakah hajat yang mahu dijelmakan dalam sebuah program ‘Happy Sad Confused’ bersama pelakon Josh Horowitz.

“Daripada semua orang di dunia ini, saya sudahpun gembira. 

“Namun sudah masanya kita memberikan tenaga dan perhatian kepada perkara yang lebih mustahak seperti kehidupan rakyat Palestin di Gaza sekarang ini. 

“Begitu juga dengan mereka yang dianiayai, merana dengan segala beban di dunia. Mereka tidak mempunyai pilihan untuk hidup seperti dimahukan,” ujar Andrew.

Ucapan jejaka British-Amerika itu menerima tepukan gemuruh daripada penonton dan menjadi bahan perbincangan hangat di media sosial sejak semalam. 

“Nampaknya perdebatan tentang pelakon siapakah yang paling bagus menjadi Spiderman sudah berakhir,” tulis satu komen. 

“Walaupun dia berdarah Yahudi, namun dia mempunyai pendapat yang berbeza. Ini bukti bahawa bukan semua mengkritik Zionis adalah anti-semitism,” kata seorang peminat. 

“Secara rasmi menjadi peminatnya mulai hari ini,” kata komen yang lain.

Selain Garfield, antara selebriti Hollywood yang lantang menyuarakan isu Palestin ialah Bella Hadid, Mark Rufallo, Nicola Coughlan, Jenna Ortega. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya