Anak sulung Sabari menangis tengok dua suspek - Utusan Malaysia

Anak sulung Sabari menangis tengok dua suspek

DUA suspek tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Jitra bagi pertuduhan membunuh Sabari, hari ini. - UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Dua suspek kes pembunuhan Sabari Baharom, 62, tiba di Mahkamah Majistret Jitra, di sini bagi pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kedua-dua suspek berusia 38 dan 26 tahun itu tiba pada pukul 8.13 pagi tadi dengan dibawa menaiki van polis.

Sementara itu, anak sulung Sabari, Suraiya Izzaty Sabari, 29, dilihat turut berada di pekarangan mahkamah.

Dia dilihat sebak dan mengalirkan air mata sebaik melihat dua tertuduh tiba dan memasuki bangunan mahkamah.

Dua suspek terbabit dijangka berdepan pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Sebelum ini suspek yang merupakan seorang kontraktor dan anak saudaranya ditahan polis sejak 27 September lalu bagi membantu siasatan kehilangan Sabari yang dilaporkan hilang sejak awal September.

Kedua-dua mereka kemudiannya mengaku telah mencampak warga emas itu ke Sungai Padang Terap, di sini dalam keadaan tangan mangsa diikat dan mulut ditutup menggunakan pita pelekat.

Gerakan mencari jasad mangsa seterusnya dilakukan bermula 30 September lalu, namun ditamatkan tiga hari kemudian.

Kehilangan itu dianggap misteri kerana kereta Proton Waja milik mangsa ditemui dibakar di kawasan pembuangan sampah di gaung Hutan Gubir, Sik, dekat sini namun pesara Felcra itu tiada. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya