Anak perempuan curi emas, ibu tolong jual

Anak perempuan curi emas, ibu tolong jual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Kegiatan melarikan barangan kemas dari tujuh kedai emas sejak Julai lalu di sekitar Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan yang dilakukan secara terang-terangan oleh seorang wanita berkaca mata hitam tumpas, selepas suspek ditangkap pada 5 Oktober lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Superintenden Azrul Mohamed berkata, turut diberkas ialah kekasihnya yang ketika mela­ku­kan jenayah itu akan menunggu dalam kereta dan ibu wan­ita berkenaan berusia 61 tahun, merupakan pesara guru.

Jelasnya, semua emas dicuri oleh suspek utama bersama kekasihnya yang masing-ma­sing berumur 26 tahun akan dijual oleh warga emas itu.

“Suspek utama dalam kes ini ditahan bersama kekasih­nya oleh Polis Kontinjen Selangor pada 5 Oktober lalu. Dia ialah individu yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang akan berpura-pura sebagai pelanggan sebelum melarikan barang kemas.

“Turut terlibat sebagai rakan sejenayah ialah teman lelakinya yang menunggu dalam kereta Toyota Yaris berwarna putih di hadapan kedai emas. Si ibu pula berperanan sebagai penjual semua emas yang dicuri,” katanya.

Pada Ogos lalu, Utusan Malaysia melaporkan, polis percaya dua suspek termasuk seorang wanita yang sedang diburu selepas disyaki melarikan dua utas gelang emas dari sebuah kedai emas di Arked Mara Alor Gajah di sini, turut terlibat dengan kejadian sama di Pulau Sebang.

Hasil semakan mendapati, kejadian di sebuah lagi kedai emas di Pulau Sebang turut mengguna pakai modus ope­randi sama membabitkan kerugian kira-kira RM15,000.

Tambah Azrul, semasa soal siasat pasangan kekasih itu mengaku terlibat dengan tiga kes di Masjid Tanah, Alor Gajah dan Pulau Sebang.

Ujarnya, kesemua suspek sedang direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda kerana mencuri.

“Kesemua emas-emas yang dicuri dalam tujuh kes di ketiga-tiga negeri dipercayai telah dijual. Setakat ini tiada rampasan barang kes semasa penahanan mereka,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya