Anak nelayan tekad balas jasa penyumbang

Anak nelayan tekad balas jasa penyumbang

WAN NUR’ALYA Syaza Awang (tengah) bersama ibu bapanya dalam majlis kenduri kesyukurannya di Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan, semalam. – UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Anak nelayan, Wan Nur’alya Syaza Awang bertekad mencapai kejayaan cemerlang bagi membalas jasa penyumbang sehingga dia mampu melanjutkan pengajian ke Universiti Sains Malaysia (USM).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Wan Nur’alya Syaza Awang, 20, yang sebelum ini hampir gagal ke USM disebabkan masalah kewangan, turut mahu membantu pelajar yang senasib dengannya.

“Saya ke USM dengan misi berat iaitu menunaikan amanah penyum­bang yang ingin melihat anak nelayan berjaya.

“Sejak berita kepayahan hidup saya dan keluarga disiarkan Utusan Malaysia, ramai rakyat Malaysia yang baik hati telah membantu merealisasikan impian untuk menyambung pelajar,” katanya pada majlis ken­duri kesyukurannya di Tok Bali, di sini semalam.

Wan Nur’alya Syaza terkejut memperoleh sumbangan lebih RM30,000 dalam tempoh singkat.

Katanya, hasil sumbangan itu membolehkannya menyediakan keperluan menyambung pengajian.

Sementara itu, Awang Mat Nor, 62, menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang membantu anaknya menyambung pengajian ke menara gading termasuk pengurusan USM dan pemimpin setempat.

“Saya berterima kasih kepada Utusan Malaysia atas bantuan ini yang berkongsi cita-cita Wan Nur’alya Syaza untuk belajar ke USM,” katanya.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan kesempitan hidup memaksa seorang anak nelayan yang memperoleh keputusan cemerlang 3.92 dalam STPM 2024 menolak tawaran menyambung pengajian di USM awal bulan depan.

Wan Nur’alyaa, 20, berkata, tindakan itu terpaksa dibuat selepas kedua-dua ibu bapanya tidak mampu menyediakan wang pendaftaran berjumlah RM1,020.

Menurut gadis itu, pendapatan ayahnya, Awang Mat Nor, 62, sebagai nelayan pantai tidak menentu, jadi agak sukar mengumpul wang memandangkan tarikh pendaftaran sudah semakin hampir iaitu 4 Oktober ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya