Anak lelaki Mat Redho ditemukan selamat

Anak lelaki Mat Redho ditemukan selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Polis mengesahkan anak kepada atlet sukan ekstrem, Mohd Redha Rozlan atau Mat Redho yang dilaporkan hilang di perhentian bas Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail (2) ditemukan selamat.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata,  terdahulu satu laporan polis diterima berhubung kehilangan kanak-kanak itu.

Beliau berkata, tindakan serta-merta telah diambil oleh polis dan kanak-kanak itu ditemukan semula di pekarangan tempat kerja ibunya. 

“Siasatan awal, kanak-kanak berkenaan telah mengambil tindakan sendiri berjalan kaki ke pejabat ibunya sebelum  ditemukan selamat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Mat Redho dalam hantaran di Instagram miliknya memohon bantuan orang ramai mengesan anak lelakinya, Haq Medin,7,  yang dilaporkan hilang.

Ketika kejadian, Haq Medin  memakai baju berwarna kuning, seluar biru, kasut hitam, dan membawa beg hijau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN