AM:PM cabar Amir Masdi hasilkan 12 lagu dalam 18 hari - Utusan Malaysia

AM:PM cabar Amir Masdi hasilkan 12 lagu dalam 18 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Amir Masdi kini muncul dengan album keduanya yang berjudul, AM:PM yang memuatkan 12 lagu.

Menurut Amir atau nama sebenar Amir Syazwan Masdi, 28, kesemua lagu dalam album tersebut merupakan ciptaannya bersama komposer terkenal, Edry Abdul Halim ketika berada di Manchester, United Kingdom.

“Pada Februari lalu, saya dan pasukan menggunakan duit yang kami kumpul hasil daripada persembahan yang saya buat selama ini untuk bergerak ke fasa seterusnya.

“Kemudian, pada bulan Mac kami terbang ke Manchester, United Kingdom untuk merealisasikan dan mengejar impian untuk terbitkan album kedua yang dirakam di Volta Lab Studios, Rochdale, Manchester.

“Cabaran untuk album ini adalah, saya bersama pasukan dan Edry perlu menyiapkan 12 lagu dalam 18 hari selain merakamkan vokal dan video muzik,” katanya.

Meskipun pertama kali mencipta lagu, Amir menyifatkan itu merupakan peluang yang bermakna buatnya sekaligus menjadikan album keduanya itu lebih istimewa.

“Perjalanan untuk menghasilkan album ini sangat istimewa buat saya selain memberikan inspirasi buat saya untuk terus berkarya dan memberikan yang terbaik.

“Berbeza dengan lagu-lagu yang pernah saya hasilkan dalam album sebelum ini, AM:PM juga mencerminkan situasi sewaktu Edry berada di Manchester dan kami di Malaysia di mana ketika buat mesyuarat, masa di kedua negara berbeza. Kalau di sini siang, di sana pula malam,” jelasnya.

Difahamkan AM:PM tersbut merupakan simbolik kepada Amir Masdi Projek Manchester.

Dalam pada itu, Amir turut mengakui sangat mudah bekerjasama dengan Edry sepanjang menghasilkan 12 lagu bersama dalam masa yang terhad.

“Bekerjasama dengan Edry sangat senang. Walaupun kita mempunyai waktu yang terhad, dia sangat profesional dan pandai mengeluarkan kualiti dalam diri seseorang itu. Saya rasa bertuah dapat belajar dengan dia sebab dia ‘push’ saya untuk lebih kehadapan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Sekadar info, Album ‘AM’ menampilkan lagu-lagu “Luar Kotak”, “Calar”, “Take Me Home”, “Langit Biru”, “Bakal Kekasih” dan “Nur Cinta” diterbitkan oleh syarikatnya sendiri, AR United Music dan diedar oleh Nova Music.

Selain dalam bentuk fizikal, album ini boleh distrim di semua platform penstriman muzik utama seperti Spotify, Apple Music dan YouTube Music.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya